best2

Saturday, December 31

Sudah sampai sini

Aku pasti kalian sebentar tadi seronok melihat bunga-bunga api..
aku pasti kalian sebentar tadi seronok menonton konsert..
aku pasti kalian sebentar tadi ada yang mengira detik-detik masa yang berjalan..
aku juga pasti kalian ada yang memenuhi ruang-ruang ilmu ..
dan aku amat pasti kalian juga menghadap facebook,twitter ataupon blog sebentar tadi..
tetapi apa yang penting 
aku pasti kalian sebentar tadi ada yang menyambut tahun baru 2012 dengan perasaan gembira..


Namun tidak bagi aku..
Aku pasti nya telah tidur diulit mimpi disaat kalian menantikan detik tahun 2012..
oleh kerana dek keletihan yang amat..
dan pasti nya aku telah bangun setelah 2011 meninggalkan kita semua..




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana tertutupnya tirai tahun 2011..
dan menyinsingnya fajar baru 2012..
Sudah tentu apabila kita bertemu dengan tahun baru saja, pasti azam baru juga menggema dalam kepala..
Melatakkan azam itu ada bagusnya. Sekurang-kurangnya kita memotivasikan diri kita untuk mencapainya. Kalau boleh biarlah azam itu ditampal ditempat yang selalu kita nampak contohnya mcm ditampal dalam bilik, biar nampak hari-hari. Barulah semangat sikit.


Persoalannya, siapa kita yang lama? Mana perginya azam-azam lama kita? berjaya atau gagal nya kita..
Sebelum kita meletakkan azam yang baru, ada baiknya juga kita muhasabah dahulu siapa diri kita yang sudah. Bagaimana amalan, pergaulan, tanggungjawab dan sebagainya. Kemudian, kita letakkan azam untuk perbaiki diri kita semula.


Saya tertarik dengan kata-kata yang pernah saya baca dan dengar suatu masa dulu. Entah betul tidak. Saya pon ingat-ingat lupa.hehe.
“nobody’s perfect, so there’s always a room for improvement.”
Apa yang saya mahu sampaikan adalah, kita memang tidak sempurna, supaya sering ada ruang memperbaiki kelemahan itu, Ingat, yang Allah lihat adalah usaha, bukan hasilnya, hasil itu semua dalam kuasaNya.
Apapun, sebanyak mana azam kita setinggi mana keinginan kita, hanya kita yang boleh menjadikannya kenyataan. Orakkan langkah segera. Perubahan itu kita yang yang tentukan, sepertimana terkandung dalam firman Allah yang bermaksud,
“dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali jika mereka mengubah diri mereka sendiri.”

Monday, December 5

Saintis sahkan glasier cair di Himalaya

GAMBAR fail bertarikh 4 Disember 2009 menunjukkan glasier di kawasan Gunung Everest 140 kilometer dari timur laut Kathmandu, Nepal.



KATHMANDU, Nepal - Berjuta-juta orang terancam akibat glasier cair di banjaran Himalaya, menurut beberapa saintis yang melakukan kajian menyeluruh mengenai perubahan iklim di rantau berkenaan.
Penemuan yang disiar dalam tiga laporan Pusat Antarabangsa bagi Integrasi Pembangunan Pergunungan (ICIMOD) itu menunjukkan glasier Nepal mengecil sebanyak 21 peratus manakala glasier Bhutan menyusut 22 peratus sejak lebih 30 tahun lalu.
Siri laporan berkenaan yang dibentangkan di mesyuarat iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Durban, Afrika Selatan, kelmarin merupakan pengesahan rasmi pertama mengenai tahap kecairan glasier di Banjaran Himalaya.
Ia menyusul selepas pengumuman beberapa saintis pada 2007 bahawa glasier di rantau berkenaan akan hilang menjelang 2035.
Satu kajian selama tiga tahun yang dibiayai kerajaan Sweden diketuai ICIMOD menunjukkan 10 glasier di rantau itu sedang mengecil dengan penyusutan besar berlaku antara tahun 2002 dan 2005.
Satu kajian lagi mendapati terdapat pengurangan besar dalam jumlah kawasan dilitupi salji di rantau berkenaan dalam tempoh sedekad lalu.
"Laporan-laporan ini menyediakan asas baharu selain maklumat lokasi spesifik untuk memahami perubahan iklim yang berlaku di kawasan ekosistem antara paling rapuh di dunia (banjaran Himalaya)," kata pengerusi panel antarabangsa mengenai perubahan iklim (IPCC), Rajendra Pachauri. - AFP

dipetik dari kosmoonline

Lapan Ferrari, sebuah Lamborghini berlanggar



BEBERAPA anggota polis melakukan siasatan ke atas tiga buah kereta sport mewah yang terlibat dalam perlanggaran melibatkan 14 buah kenderaan di lebuh raya Chugoku, Shimonoseki kelmarin.


TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.
Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.
Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.
Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.
Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.
Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).
Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). - Agensi

dipetik dari kosmoonline

Friday, December 2

Gua Superman didesak jadi warisan dunia



GUA mirip dalam komik Superman yang terdapat di lombong Naica, Mexico.



LOMBONG NAICA, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia, lapor sebuah akhbar.
Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.
"Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.
"Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.
Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.
Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude. - Agensi


dipetik dari kosmoonline

Anugerah

Mereka kata kesalnya tiada harta
Hidup ini sungguh membosankan
Jika kita tidak pernah bersungguh
Mencari kemajuan mencari peluang
Kita hampa


Anugerah dari yang maha kuasa
Dan di disi aku berdiri
Menghiburkan hati yang sepi
Anugerah bersama melenyapkannya
Rasa bosan hanya sementara
Hayatilah anugerah kita

Musuh kita adalah sikap
Yang hadir dalam kepuraan
Di sini aku perjuangkan
Cita-cita murni yang lama terpendam
Kekuatan ini adalah anugerah pengabadian