best2

Monday, November 28

Raja dan Pemalas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. 

 Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, Apa tahap malas tuan hamba? Lalu jawab lelaki tersebut, Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba? Maka jawabnya, Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak? Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas...!”


Saturday, November 26

Hari Black Friday dicemari keganasan


SEORANG wanita berehat bersama barangan yang dibelinya selepas penat membeli-belah di Dataran Herald, New York kelmarin. - AP



NEW YORK, AS - Hari membeli-belah dikenali sebagai Black Friday terpalit sejarah hitam buat pengguna di AS kelmarin selepas banyak pergaduhan tercetus ekoran orang ramai berebut-rebut mendapatkan pelbagai barangan seperti permainan video dan tuala pada harga runtuh.
Insiden di luar jangkaan berlaku di sekitar Los Angeles apabila 20 orang cedera selepas seorang wanita di sebuah pasar raya Walmart menggunakan semburan lada untuk mengusir pembeli-pembeli lain dalam perebutan untuk mendapatkan konsol permainan video Xbox.
Rangkaian pasar raya Walmart kecoh setiap kali jualan Black Friday tiba berikutan perilaku tidak bermoral pengunjung yang saling menjerit, menolak dan menyiku semata-mata kerana mahu menjimatkan beberapa dolar.
Selain Walmart, kekecohan turut direkodkan di sebuah kedai di negeri Michigan. Pembeli bergaduh untuk mendapatkan tuala dengan insiden tersebut mencetuskan sensasi di laman web YouTube.
Perebutan tuala murah turut menimbulkan kekecohan di kedai Walmart di bandar Oregon, Negeri Ohio.
"Mereka bergaduh kerana berebutkan tuala mandi yang dijual semurah AS$1.88 (RM6), sungguh tidak munasabah," kata seorang anggota polis, Sarjan Jason Druckenmiller.
"Seorang wanita cuba mendapatkan beberapa helai tuala apabila dia ditolak dari belakang, dia kemudian berpaling dan melepaskan beberapa pukulan," tambahnya.
Black Friday menandakan bermulanya musim membeli-belah sempena perayaan Hari Krismas di AS. - Reuters



dipetik dari kosmoonline

NASA hantar kenderaan penjelajah ke Marikh

ROKET Atlas V yang membawa kenderaan penjelajah Makmal Sains Marikh di pusat pelancaran di Cape Canaveral, Florida kelmarin. - Reuters



CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) bersedia untuk melancarkan kenderaan robotik paling canggih dan berkuasa pernah dibina ke planet Marikh semalam.
Pelancaran tersebut adalah untuk meneroka sekali gus mencari tanda-tanda wujudnya kehidupan di planet merah itu.
Kenderaan enam roda berkenaan yang dinamakan Makmal Sains Marikh (MSL), dijana bahan api nuklear. Ia dijadual dilancarkan pukul 10.02 pagi waktu AS dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di negeri Florida dengan menggunakan roket Atlas V.
"Inilah mesin idaman saintis-saintis yang mengkaji Planet Marikh," kata timbalan projek MSL, Ashwin Vasavada.
"Ini ialah kenderaan penjelajah yang paling berkeupayaan pernah dihantar, kami amat teruja," tambahnya.
Berharga AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion), kenderaan itu mampu menghantar maklumat terperinci mengenai batu-batan di permukaan Marikh dan petanda sama ada kehidupan pernah wujud di planet berkenaan. - AFP



dipetik dari kosmoonline........

Friday, November 25

Lelaki musnahkan kereta dengan tangan kosong



AKSI seorang lelaki memusnahkan sebuah kereta dengan menggunakan tangan kosong.


LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam.
Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.
Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.
Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi
p/s :   gler kentang pak cik nie....hahaha...guna tangan je dah boleh musnahkan kereta...
credit to kosmoonline......

Thursday, November 17

Motosikal pelik reka bentuk naga


SEORANG pekerja menunggang motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti naga di Bangkok kelmarin.



BANGKOK - Sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti seekor naga dicipta oleh seorang artis di Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn dengan menggunakan pelbagai jenis alat ganti dan barang kitar semula.
Roongrojna yang berusia 54 tahun mencipta motosikal unik itu di dalam bengkelnya di sini.
Dia yang mempunyai empat bengkel di Thailand turut mengeksport pelbagai hasil ciptaannya kepada para pelanggannya dari seluruh dunia.- Reuters




p/s: agak menarik klu aku bwak moto nie g kuliah....hahaha