best2

Sunday, July 31

Puasa dan aku

Ari nie 1 august 2011 bersamaan 1 ramadhan 1432 bermula lah puasa bagi umat islam di malaysia.


aku nk bercerita ckit boleh...
boleh belaka..haha..
time budak2 dulu sebelum masuk sekolah rendah.....
tak tahu lagi apa itu erti puasa...
kadang2 puasa separuh ari je sebab kena paksa...
tambah puasa separuh untuk hari nie dan semalam....
jadi sehari puasa penuh....
kalau sehari puasa mak bapak bagi lah upah...
untunglah...



time awal2 masuk sekolah rendah...
time puasa je mesti semangat...
sebab nyer nk dapat upah...
kalau cukup sebulan...
baru mak bapak bagi upah...
tak cukup sebulan gelisah...
sebab tak dapat upah...
kalau ponteng mesti kena marah...
terpaksa lah....


time dah sekolah menengah....
bila time puasa...
mesti lah kena puasa...
sebab dah tau tue perkara wajib...
bila tak puasa tanpa sebab dosa...
bila dah dosa masuk neraka...
takut lah...


dan kini bila berada di alam Universiti...
lagi lah kena berpuasa...
semua dah matang kan...
perkara wajib kan...
x puasa dosa kan...
memang lah...



sekarang baru ku tau apa erti puasa...
sekarang baru ku tau nikmat nyer puasa...
sekarang baru ku tau indah nyer...
cantik nyer...
lawa nyer...
untung nyer...
bila kita berpuasa...


so...selamat berpuasa...

Thursday, July 28

Poster undang-undang syariah ditampal di Britain


SEORANG aktivis, Anjem Choudary menunjukkan poster mengenai larangan perbuatan menyalahi undang-undang syariah di Leyton, timur London baru-baru ini.



LONDON - Golongan ekstremis Islam melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.
"Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan," menurut tulisan pada satu poster itu di sini.
Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah.
Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.
Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.
"Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon berkenaan," kata Anjem.
"Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain," tambahnya.
Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. - Agens

Monday, July 25

Lamborghini terbakar di McDonald's


KEADAAN kereta Lamborghini yang hangus terbakar selepaskebakaran dipadamkan oleh anggota-anggota bomba.



OSLO - Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.
Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi

Sunday, July 24

Myvi baharu jadi carian tertinggi di Google




KUALA LUMPUR - Kereta Myvi baharu edisi 2011 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, kereta kompak yang cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet menggunakan perkhidmatan Google untuk memperoleh maklumat lanjut mengenainya.
"Menduduki tempat kedua carian paling kerap ialah filem Super 8 arahan J.J Abrams mengisahkan tentang beberapa orang remaja dan makhluk asing yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 Jun lalu," Filem seram arahan Yusri KRU, Karak yang ditayangkan pada hujung bulan Mei lalu menduduki tangga ketiga.

Saturday, July 16

gelak getawa kejap

 
Seorang wanita menolong sorang mangsa kemalangan di tgh kerumunan org ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dgn kasar...
"Puan ketepi! Biar saya yang buat..saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya. Jelas lelaki itu belum begitu mahir.. Lalu..dgn tenang wanita itu berkata.

"Kalau saudara perlukan seorang doktor, saya ada di sini.
 ..........................................................................................................
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tak
bertegur sapa. Pada suatu mlm si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

.....dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis

" BANG, BANGUN BANG..SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "
 ..............................................................................................................................................................
Doktor: Amir, awk ada masa 2 mggu lagi utk hidup.
"Tapi Doktor," Amir menjawab, "Saya merasa sihat, Hal ini tak mungkin benar. Apakah yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor bkata, "Ya, awk mungkin boleh ke spa yg baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

...Amir bersmngt bertanya, "Dan itu akan sembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akn buatkan awk terbiasa dgn tanah."

Friday, July 15

Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang

LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.
Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.
Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut. Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. – Agensi